Friday, December 31, 2010

New Year

What i did before and in the starting of new year. Typing with the cat on my lap. Frustrated and confused. Pathetic and sad.

1st I went to a friends, Alvin's family barbecue party. Ate lamb chops, fish balls, beef, and drank root beer. Played game on Ipad. Went home.

At home, a friend call, inviting to go out. So I went out with Alvin and Hazman. Hazman drove to kK, we parked at Asia because kK is jammed packed. Save Myvi hit a Hilux back. Walked to Dataran Bandaran that is front of promenade. Take pictures and saw Saiful. Walked to McD to go see Sharie, Sahana, and Suhartina. Didn't see the fireworks. Went home.

Hazman had trouble driving in the house because the path is narrow. Then Hazman and me went out again while Alvin stayed home.

I was kinda tired but I still went out because I wanted to hang with Hazman.

I drove to Lintas, Hazman took us to The Room. Met his friend, and we went inside. Payed almost Rm70 for a jug of beer.

I never drank alcohol before.

Bartender gave us a seat on a big speaker. I drank a glass and a halve. Hazman drank the rest of the jug.

I went to the toilet but it was pretty nasty so I didn't use it.

After a while of me sitting still and doing nothing, we went home. I drove home. No feeling of drunk at all. Went to the toilet, and straight went to blog.

Explanation:
Well the end of the year is bad. Not lots of good thing happened. Drank decided to drank because of the bad thing in life. Tasted bitter. Just an excuse...

Now I'm sitting here blogging.. and feeling empty.

Lots of things I still have to hold in. Lots of things that I let out but it only relieved me for a while. I always feel angry and heavy. At the end of the day, I wish life just end quickly.


Thursday, December 9, 2010

Ten Days Of Travel

Aku ambil cuti selama 10 hari utk mengembara di sebahagian semenanjung Malaysia. daripada 29hb november ke 8hb December, di tahun 2010. Disebabkan ramai orang Malaysia ni tidak berapa paham bahasa english, aku pun memblog laa dalam bahasa melayu ini~

Tujuan untuk berjumpa dengan "sahabat-sabahat" lama dan baru, dan mencari semula diri sendiri

sooo malam 29hb aku terbang menggunakan flight air asia dari Kota Kinabalu pukul 1945 dan sampai ke LCCT Kuala Lumpur pukul 2215. Sebelum fly, aku telah sms member yang tinggal di Putrajaya, Kerol, supaya dia boleh ready untuk ambik aku di airport.

Dalam kapal, seperti biasa, aku rasa sakit kepala dan pening ckit sebab tekanan udara kapal terbang. Aku tahan saja la sebab x ada apa-apa bole aku buat utk kurangkan sakit. So aku baca la buku Percy Jackson untuk meluangkan masa 2 jam 30 minit utk sampai ke KL. Aku baca sikit dan mengantuk selepas sudah lama baca lebih kurang 1 jam rasanya. Jadi masa yang lain aku tidur sambil fikir apa akan jadi di semenanjung nanti.

Sampai di airport LCCT Kuala Lumpur, aku turun dari kapal la, ofcos... Lepas tu aku call Kerol utk beritaw aku dah sampai. Dia cakap dia baru abis kerja dan akan sampai dalam 30 minit. Selepas tu aku call mem aku beritaw aku sampai kL already. Soo then aku tunggu 30 minit tapi Kerol tak sampai, dia cakap dia baru gerak. So aku tunggu sampai pukul dekat 12. Lepas tu Kerol sampai pakai kereta viva... ataw Myvi.. x ingat.. Apa-apa pun aku rasa gumbira sebab dapat jumpa member baik kembali setelah sekian lama~

Kami drive pergi makan di kedai mamak untuk lepak seketika. Waiter macam pening-pening sebab x pandai cakap melayu. Dia pun terpaksa panggil waiter lain sebab dia x paham. Aku order fish and chips & Kerol order Cheese Nan. Cheese Nan sampai awal tapi fish and chips salah masak soo terpaksa tunggu lama sikit untuk sampai. Sementara menunggu makanan sampai dan makan, kami pun cerita pasal benda.. aku lupa apa yang dicerita.... Aku cuba try cakap loghat KL tapi lidah terbelit sebab lama x cakap so mengambil masa seketika jugak utk meng-adjust lidah. Abis makan, kami balik rumah dia di Putrajaya & went to sleep sebab telah lewat malam~

Hari seterusnya, 30hb November, aku jumpa mak dan adik Kerol di rumah tu. Aku bercakap dengan mak Kerol, tapi aku rasa arkward ataw pelik ganjil sebab aku kurang pandai cakap dengan beliau-beliau. :-p so aku pun tebalkan muka (yang memang memalukan) dan bercakap dengan adik Kerol pasal Gitar and sebagainya. Kami makan nasi goreng di rumah Kerol dan teruskan perjalanan.

1st kami stop ke CIMB di Putrajaya sebab Kerol ada benda utk diuruskan. Customer service di CIMB ingatkan aku ni orang dia kenal, tapi aku bukan. O_O. Lepas tu kami masuk balik dalam kereta dan x taw what to do. Aku pon call la member satu lagi yang menggelar dirinya K. Call call call cakap cakap cakap, bersetuju utk jumpa di mall tempat K kerja. OTW pi tempat K, aku ambik gambar putrajaya (dari kereta) dan Kerol drive drive drive sampai la tempat K kerja.

Putrajaya ialah tempat macam tempat kerja yang mahal. Banyak bangunan yang besar dan cantik tapi semua office. Aku ada ambik gambar tapi terdelete waktu transfering. Sori

sampai destinasi tapi K keluar kejap so terpaksa tunggu dia untuk seketika. Kerol mahu tengok istana Kuala Lumpur baru. So kami pun drive la pi tengok sebab dekat. Sambil tengok, Kerol complaint sebab kerajaan mengabiskan duit untuk buat benda tak berguna. Mengabiskan duit rakyat. Aku pun terpikir kenapa bangunan di Sabah x di upgrade? Kerol pon comment yang Sabah jadi miskin sebab duit-duit di Sabah di ambil untuk buat benda-benda x guna di Kuala Lumpur.

Lepas tu kami drive p mall Solaris dan lepak kejap & call K & kami sembang & makan di kedai x taw nama sebab lupa. Buat lawak bangang & cerita benda-benda yang telah lama dahulu. Then kami pusing-pusing mall K bagi kami tour cerita pasal tempat tu & membangga sebab dia tolong buat bangunan mall tu.

Petang tu kami drive pi ke kL central untuk membeli tiket aku ke Batu Gajah, Perak. Aku ambik tiket pukul 6. Lepastu aku & Kerol x taw apa yang akan dibuat untuk membuang masa. Kami ke Mid Valley sebab tu la mall paling dekat. Kami pakai kereta sebab parking di KL central mahal. RM4 sejam.

Jalan di Mid Valley, Kami jalan di tingkat paling atas sebab aku ingin melihat kedai-kedai dan butik-butik baju seperti Radioactive, Converse, Tropicana Life, dan sebagainya. Kami singgah ke Pet shop utk melihat-lihat pet seperti arnab, anjing, kucing, burung, hamsters dan sebagainya. Kemudian aku makan tepanyaki. Kerol x makan alasan: x lapar.

Masa makan, kami cerita tentang diri masing-masing. For people's information: Kerol ni ada masalah jiwa yang x taw punca. Selalu depressed ataw berasa sedih tetapi tidak tahu punca. Aku dulu depressed jugak tapi aku taw puncanya. So aku pun cakap la dengan Kerol (setengah bergurau dan setengah serious) yang dia perlu jumpa doktor dan kemungkinan perlu makan ubat-ubatan ataw perlu dikenakan kejutan electrik untuk restart otak dan jiwa. Hehehe

Kemudian kami ambik KTM ke KLcentral balik. Tunggu tren datang untuk seketika. Rest di Massage chair dan beli air & kemudian kami pun mengucapkan laa selamat tinggal. T.T

Dalam tren ke Batu Gajah, aku baca buku, tidur, bangun, & msg member d Batu Gajah, Azrina Bakar @ Ina, aku nak sampai.


Sampai di Batu Gajah, aku pun jumpa la Ina. Ini la kemungkinan 3rd time aku jumpa dia. Kami drive kereta ke rumah parents dia sebab aku akan tidur di rumah mereka.

Rumah parents Ina ialah quarters utk pekerja KTM. Sampai rumah tu, semua orang rasa arkward. Pastu cakap cakap cakap, plan ingin makan di luar kedai dekat. Bapak Ina first ingin join tapi selepas dapat tahu kami ingin makan di kedai dekat saja, dia pun x jadik. Mak Ina pun join x jadik. So aku dengan Ina saja la yang makan di Kedai dekat.

mula-mula tu arkward (pelik) la jugak sebab x kerap berjumpa~ Tapi lepas tu orait la~ orang putih cakap "broke the ice". Lepas makan mee goreng dan minum teh o ice, kami pun menapaw makanan yang tidak abis sebab perut ina kecik, dan membawanya balik ruma utk beliau Ina~

Di rumah Ina, aku pun mandi, tukar baju, dan sembang-sembang sedikit bersama mak ina, ina, dan tengok tv. Pastu mak ngan bapak ina mengantuk dan ingin tidur. Kami semua pun masuk la ke kamar masing-masing dan pengsan.

Keesokkan paginya aku dan Ina driving la ke Ipoh, Perak. Ina x berapa pasti jalan ke Ipoh sebab x pernah drive pergi sana. Jadi kami pun membolos bantai terajang saja jalan. Sampai ke Ipoh, kami ke Ipoh Parade.

Dalam Ipoh parade ada 1 tempat macam kedai-kedai setinggan. Banyak baju yang stylo-stylo yang tidak mahal tapi tidak murah. Bukan barangan branded tapi orait la. Good looking. Tapi kebanyakkan barangan perempuan. Tempat ni terletak di sebelah foodcourt tingkat paling atas.

Lepas pusing-pusing tengok-tengok, & beli lipbalm untuk Ina sebab bibir pecah, kami pun tengok la wayang Ngangkung. Cerita komedi melayu pasal orang-orang yang mintak nombor loteri dari hantu.

Selepas tengok wayang, kami pon makan di food court yang terletak di sebelah panggung wayang. Kedai-kedai lain: tukang masaknya: cina. So kami makan di Sizzling. Makan mee dalam piring besi yang panas.

Semasa makan, aku telah separuh berhati-hari tetapi terkena jugak kuah sup di baju. Aku pun meraung sekuat-kuat hati di dalam hati (maksudnya: teriak dalam diam. Teriak dalam hati) kerana baju yang tengah dipakai ialah baju baru beli.

Selepas makan, kami pergi tengok boutique-boutique seperti converse, crazie causa, dan lain-lain untuk sweater tapi aku x berkenan dengan semuanya.

Kami pun drive la pergi ke Jusco Ipoh. Permulaan driving, kami sesat dan terpaksa berhenti dan bertanya kepada orang. Orang pertama kami tanya ialah orang yang di bustop, dan kemudian kami jalan dan sesat lagi. Kami berhenti di stesen minyak dan tanya lagi. Pakcik stesen minyak pun bersemangat dengan hati berkobar-kobar dan patriotik (tidak kena mengena) memberikan informasi kepada kami. Informasi itu terlekat di kepala aku sampai sekarang. "jalan depan ada roundabout, jalan terus ke roundabout ke 2, jalan terus lagi. Lepas tu nampak trafic light, ikut jalan kiri sampai nampak traficlight lagi. Tengok kiri ada jusco". Kami jalan-jalan-jalan dan jumpalah Jusco. Parking di Jusco dan masuk dalam. Sampai-sampai dalam, aku test baju di SUB boutique dan beli 2 helai baju. Ina pon testing try seluar jeans skinny. Kemudian kami keluar.

Lepas tu kami pergi jalan-jalan-jalan pusing-pusing-pusing dan pergi tandas. Ina pun pengsan di atas kerusi sambil muntah darah kerana terlalu banyak berjalan. Aku pun telefon Leman, member lama dari college untuk berjumpa. Sementara menunggu, aku dan Ina pergi ke kedai kasut. Kaki ina luka dan berdarah hampir putus kerana kasutnya tidak sesuai saiz. Try-try selipar di BATA, masih tidak dapat jumpa saiz yang sesuai kerana kaki Ina kecik. Tiba-tiba ada selipar yang hampir-hampir sesuai saiz tetapi Ina dengan penuh dramatic memberitahu yang sebelah sebelah kakinya kemungkinan lebih kecik dari sebelah. Jadi selipar tu pun tidak muat dan kami hanya membeli plaster di kedai sebelah BATA untuk menutup luka yang cedera parah di kaki Ina.

Sementara menunggu Leman, kami pun mencuba BIG APPLE DONUTS dan membeli 6 biji donut yang penuh dengan darah pemuda yang mati awal (hanya sekadar gurauan). Leman pun telefon dan aku menelefon Leman dan Leman telefon aku. Kami jumpa dan aku menarik Ina dan Leman masuk SUSHIKING. Cerita-cerita dan ambik gambar dan hampir muntah keluar sushi, Ina pun bertanya kepada Leman tentang peluang kerja untuk Fashion Designer. Pada waktu itu la aku dapat tahu yang Ina lebih suka melukis daripada mendesign dan menjahit.

Kehidupan seorang seniperson adalah sangat susah.

Kami driving balik Batu Gajah menggunakan highway setelah sesat dan terpaksa menelefon bapak Ina untuk direction. Malam tu Ina menunjukkan drawingnya dan hasil-hasil kerjanya kepada aku. Aku suka seni mengambil perhatian yang tinggi kepada kerja-kerja itu. Dan kami pun pengsan di malam itu dan bangun paginya.

Pagi itu kami ke Kellis Castle. ... HAA!! NI ADA GAMBAR! AKU X TERBUANG X-D



Ni la Kelli's Castle. Istana yang tidak siap dibina atas sebab-sebab yang tidak pasti kenapa. Orang cakap pemilik istana ni melarikan diri, dibunuh, atau bunuh diri. Tidak pasti~ Silalah cari-cari di internet kalau anda ingin mengetahui dengan lebih.


Masuk ke Kelli's Castle bayar Rm3 seorang I think. Sooo kami snap snap snap gambar, naik turun castle, pusing-pusing. Ambik gambar pokok yang ada muka beruang, dan relek-relek atas rumput. relek-relek-relek terus ambik gambar lagi di atas rumput. Lepas tu tangan gatal sebab rumput gatal. Hari sangat la panas, jadi kami pun pergi beli air. Minum, selepas tu balik ke kereta.

Kami drive ke pekan Batu Gajah dan beli pizza pakai hot tiket di PIzzaHut. Tunggu Piza lama jugak la. Sementara tunggu Pizza, aku pergi tukar T-shirt sebab Tshirt yang dipakai basah dan kotor dengan peluh. Dapat piza, kami naik balik ke kereta, direct drive ke KTM Batu Gajah. Lepas tu Stay lepak d KTM tunggu tren datang. Tren pon datang dan aku pon naik, babai kepada Ina. Di tren aku baca novel ckit, then tidur.

Tren pon sampai ke KL central. Aku pikir: siapa pulak member yang ingin dicontact aa? Aku pun mencontact beberapa member: Yana, Fahmi, Shah, Hazrul, Hadzrix. Selepas call call call aku pon plan mahu jumpa Hazrul. Semua orang kerja, so aku pon berjalan la seorang diri. Aku letak beg di tempat simpan beg: RM3. Hazrul & aku plan jumpa pukul 8pm di stesen KTM Kluang, Selangor. Masa kini pukul 5. Masa tidak banyak. Aku pun jalan la di Mall yang senang pergi. Aku Naik LRT ke KLCC.

Sampai d kLCC. Aku sudah mula merasa keletihan dan kepenatan dan kelaparan. So aku pun mencari makanan yang baik dan sesuai untuk personality aku. First terjumpa 1901. Tapi di KK pun ada 1901, so aku past. Nampak O'brians. Macam sedap, tapi mahal ckit, so aku past. Lepas tu jalan jalan di kLcc tertengok-tengok pulak barang barangan, terlupa pasal beli makanan. Aku masuk ke Converse untuk compare barang kL dengan KK. Sama saje. No difference. Tapi choises di kL ada lebih sedikit sebab ada Limited edition shoes.

Tengok jam already pukul 6:30pm. Fikir-fikir masa untuk ke Kluang mesti la sejam dua. So aku pun berjalan laju dan mengambil keputusan untuk membeli sandwich di O'brians kerana di KK tidak ada O'brians. Aku take away sandwich tu sebab aku in a hurry.

Sampai d LRT KLCC, aku beli 1st ticket. Tiket bermasalah, aku pun tenshen memaki hamun dalam hati. Aku tidak ada masa untuk complain. Aku pun beli la 2nd tiket dan masuk, Tren datang, aku pun naik. Aku lapar so aku makan laa sandwich di dalam tren depan orang ramai yang tengah lapar jugak kerana mereka baru lepas kerja. Mereka pun tengok-tengok aku. Mungkin pikir yang: makanan aku nampak sedap atau : budak ni tak senonoh makan di LRT sambil berdiri. Aku pun tengok-tengok mereka balik sambil kelip kelip mata.

Sampai KL central, aku fast walk ambik beg dari counter beg, fast walk lagi ke KTM beli tiket ke KLUANG, dan tunggu tren KTM. Lama jugak laaa tren datang KTM memang lambat antara semua tren-tren lain. Tren ke Kluang datang, semua orang berebut-rebut masuk. Dalam tu terpaksa berdiri dengan beg terletak di kaki. Orang mengungkapkan keadaan itu : seperti Sardine dalam tin. Sardine in a can. Ironic my name is Shadrin. Stesen ke stesen ke stesen, aku dari tempat duduk half way ke Kluang. Sampai ke Kluang aku turun terus fast walk ke tandas. Selepas tu baru la call Hazrul tanya dia d mana.

Dan datang la Hazrul ke KTM, mengambil aku memakai kereta Waja yang tinted dan ganas. Hazrul tengah makan orang di dalam kereta. Dia pun bersedawa sambil mengelap darah di tepi mulutnya dan berkata: eiii~~. Aku pun takut dan letak beg di belakang keretanya dan duduk diam-diam sebab takut dimakan. Aku pun berkata dengan jin tersebut yang aku hendak membeli towel dan berus gigi. Jin kata nak beli bateri laptop. Jadi kami pun beli bateri dan kemudian beli towel dan berus gigi.

Kemudian aku dan jin tersebut makan di shah alam sambil cerita-cerita. Jin mengorder daging bayi yang baru lahir. Aku pulak makan mihunsup. Kami cari-cari hotel tengok harga dan kemudian pergi karaoke di Kbox. Jin pun mengaum sambil nyanyi-nyanyi. Semua orang lain nyanyi perlahan-lahan kerana takut akan Jin bernama Hazrul. Habis Nyanyi, kami pun tengok-tengok hotel kerana aku kemungkinan akan menginap di hotel untuk merelaxkan diri dan menambah tenaga. Tapi paginya x jadi jugak menginap kerana tenaga sudah cukup setelah berehat di rumah Hazrul Jin makan bayi. Nasib baik dia x makan aku.

Besoknya kami bergerak pukul 6 pagi selepas makan dan mandi dan mengemas diri. Hazrul menendang aku keluar dari keretanya di Stesen Bas. Memang banyak kereta menghala dari Selangor ke KL. Aku pon naik bas dengan konfius membeli tiket kerana tidak pernah lagi sebelum ni naik bas dari Selangor ke KL. Aku pun berkata KL kepada conduktor bas. Dia blur, aku pun blur. Last-last dia ambik RM5 aku dan mengembalikan RM2. Aku duduk di atas seat dan tunggu tunggu tunggu. Aku nampak MID valley. Aku pun takut dan lompat keluar. Aku naik tangga dan masuk ke MID Valley yang belum bukak lagi. Snap snap snap gambar manusia pagi. Aku kebosanan dan terus mengambil tren di KTM terdekat untuk ke KL central. Tren teramat laaa lama sampai dan aku pun mati hidup kembali sehingga tren sampai. Aku naik.

Sampai kL central, aku call member-member. Plan seterusnya adalah berjumpa dengan Hadzrix pukul 5 selepas habis kerja. Aku pergi trun dari kL central dan jalan kaki ke Monorail. Di sepanjang perjalanan ke Monorail, aku mengambil gambar-gambar. Sampai di Monorail, aku beli tiket ke Bukit Bintang RM2.10. Masuk stesen, naik escalator, snap snap snap lagi. Tren datang, masuk, snap snap snap lagi dan sampai ke stesen IMBI di sebelah Times Square. Aku mengambil keputusan untuk trun di sana walaupun Stesen Bukit Bintang berada di depan lagi. Aku pusing-pusing jalan di times square, terjumpa kedai makan yang banyak. Aku makan di Subway. Aku mintak cookies tapi cookies belum masak. So aku pun ambil la chips yang tidak sedap. Aku makan sedikit saja chips.

Pusing-pusing times square sampai sakit kaki. Selepas itu terberhenti dan makan di Tutti Frutti. Ice Cream Yogurt. Yam Yam. Lebih sedap dari Yogourberry. Boleh pilih flavor lagi. Tapi ofcourse la mahal. Makan terus mati. Tapi sedap.

And then tengok-tengok baju di times. Ada 1 jacket warna merah yang menarik aku. Aku ingatkan dibuat dari rubber. RM160. Dalam minda aku, semua benda memang mahal.

Pusing-pusing times square, aku rasa bosan. Aku jalan ke kaki pergi ke Sungei Wang plaza. Sampai Sungei wang, aku sesat. Tidak tahu kiri kanan blakang depan atas bawah. Last-last aku tidur di atas kerusi sebab kaki penat.

Bangun tidur, naik tangga emergency ke atas, ternampak 1 lagi sweater yang macam smart. Warna merah diperbuat dari getah. Tapi harga mahal. RM180.

So aku jalan kaki lagi ke Times Square untuk tengok sweater pertama tadi. Check-check check try try, baju tu panas pulak kalau dipakai. diperbuat dari plastik. Aku mahu getah. jadi aku x beli. Aku malas berjalan ke Sungei Wang, jadi aku x beli 2 2. Aku lapar, aku pusing-pusing cari apa yang x ada d kK. X jumpa kedai yang menarik. Aku rasa macam mahu makan pie. Aku tersalah masuk dan beli pie di Starbucks. X sedap. Waktu makan pie, aku baru teringat yang Redzman: member kK, blajar di Malaysian Science University, MSU. Aku pun call dia, & set malam aku p tempat dia d Shah Alam.

Aku dengan penat menaiki monorail ke stesen kL central dan berjalan kaki ke kL central. Sampai kL central, Hadzrix msg: x jadi keluar. Aku pun ambik beg dari counter beg, beli tiket ke KTM ke Batu Tiga. Dengan penat, aku menunggu tren, naik tren, angkat beg, tunggu, dan sampai la di stesen batu 3. Sampai stesen, x ada teksi pulaaaaaak. Aku pun dengan penat dan lapar, menelefon Redzman. Set set plan, dia bawak teksi datang ke KTM ambik aku, lepas tu drive ke MSU. Sampai MSU, aku mengangkat beg dengan penat, dan naik tangga, dan duduk di kedai makan. Aku pun makan dan minum tapi masih penat. Redzman membawa aku naik ke apartmentnya di Brunsfield tingkat 12. Sampai biliknya, aku masih penat. Aku letak beg, dan kami berjalan lagi. Redzman ke MSU dan aku pulak ke funfair yang berdekatan. Funfair itu pun menghancurkan hati ku dengan ketidak seronokan tempat itu. Aku makan keropok lekor dan minum air kelapa yang terlalu manis. Aku pun berjalan kaki balik ke apartment Redzman dengan kecewa dan penat dan pening-pening. Sampai masuk ke apartment, aku mandi, dan aku pun tidur di atas tilam pinjaman. Hehe

Panjang pulak blog nie. O_O . Memang memerlukan minat dan kesabaran yang tinggi untuk dibaca dan ditaip.

Too long.. Aku akan memendekkan cerita sebab cerita ni almost basi or sudah pun basi.

So selepas dari rumah Redzman, aku jumpa Fahmi & Fahmi bawak jumpa Yana. Kami kuar ke The Curve. Beli tiket Narnia: Voyage of the Dawn treader. Kami makan hot dogs dan currypuff. Aku beli sweater dan kami tengok wayang. Wayang x syok. 3D pun x banyak. Then pergi ke makan di luar, dan mereka menghantar aku ke KTM sungai buloh. Aku balik ke Rumah Redzman.

Pagi, bangun, aku jalan bersama Shah, Amnan, & K. Pergi beli tiket ke Johor di Bukit Jalil. Jalan di Titiwangsa, makan ice cream roti & keropok lekor. Jalan balik ke Bukit Jalil, makan KFC. Malam, gerak ke Johor.

Tengah malam sampai di Keluang, Johor. jumpa Ita & tunangnya. Balik ke Kahang, rumah parents Ita. Tidur.

Pagi bangun lewat, jumpa all of the family members. Then kuar pergi beli tiket bas ke KL & barang untuk birthday party. Big Apple Donuts & Secret Recipe Cakes. Balik Kahang, makan. Malam, tidur.

Pagi aku ajak Ita ke sungai untuk cerita-cerita pakai motor. Jalan kejap saja. Tengah hari kuar ke Kluang, balik ke kL bersama kakak Ita Achik.

Bukit Jalil, naik LRT ke KL Central. Jumpa Hadzrix di Pavilion. Balik dengan kelam kabut sebab takut miss tren ke tempat Redzman di MSU.

Pagi, kuar ke pasar pagi. Redzman beli sweater jersey. Aku gerak ke kL, jumpa Ina again.

Jalan ke kLCC & MidValley. Petang naik bas ke LCCT.

Then fly to kK.

Sampai kK, house mate tolong ambil.


Been a good trip to kL meeting back all long friends. Can;t help but feel empty and alone again once I was in kK...