Friday, August 19, 2011

I am quitting work

Sebab aku berhenti kerja~ ... dalam surat letak jawatan aku letak aku semakin tidak puas hati dengan situasi kerja dan berasa tidak sesuai dalam bidang kerja dan rakan2 kerja. Cara2 menyelesaikan masalah dalam syarikat menjadi semakin susah untuk aku berasa yang aku menyumbang dengan baik kepada syarikat... Aku maw berpindah ke syarikat lain untuk merasa bidang kerja lain, situasi kerja lain, dan orang2 yang lain dan melihat jika aku bleh berkerja sama dengan durang supaya mendapat pengalaman hidup yang berharga..

itu lah serba sedikit sebab kenapa aku maw berhenti~ .. maybe masalah ni sebab aku sendiri. Aku sendiri yang terlampau ego. Ke-ego-an sendiri menyebabkan aku x dapat berkawan dengan orang-orang kerja.. Sendiri tidak dapat memanggil mereka rakan..

Aku berasa yang aku tidak dapat berkawan baik dengan mereka kerana minat yang berbeza. Aku x dapat mengikuti aliran perbincangan mereka... mereka jugak tidak dapat mengikuti perbincangan aku.. dan kemudian menjadi sepi yang janggal...

Perbincangan mereka selalunya merangkumi perbualan motosikal dan kereta, perempuan, merokok, minuman keras, dan makan tidak berbayar di kantin.. Aku berasa perkara-perkara ini tidak aku sukai dan aku tidak mahu berkomen buruk tentang berbualan yang diceritakan kerana aku tahu ia akan menimbulkan perasaan yang tidak baik..

aku cuba berbual tentang benda yang aku minat, seperti shopping, seni dan permainan komputer... tetapi perbualan ini tidak dapat mereka mengikuti.. kerana mereka tidak minat..

berbual tentang kerja.. aku tidak dapat berbual tentang kerja kerana aku berasa aku tidak pandai dalam bidang kerja ini... Aku mengambil diploma Lukisan dan rekabentuk mekanikal dengan hati yang tidak minat. Aku terpaksa melepasi cita-cita ku yang mendalam terhadap seni dan mengambil sesuatu kerana terpaksa. Kemudian aku mendapat kerja technician yang bukan dicari oleh aku tetapi didapatkan oleh ipar ku melalui kenalannya. Kerja yang lari dari bidang yang aku belajar sewaktu diploma...

Aku cuba menceritakan kepada bos ku di tempat kerja. Tetapi nampaknya dia lebih suka bercerita pendapat dan kesimpulan yang dia pikirkan sendiri tanpa mendengar cerita orang dahulu. Cerita yang dia ceritakan kepada diri sendiri tanpa mendengar apakah cerita ku. Cerita yang sudah berkali-kali aku dengar daripada orang yang sudah mendapat tempat dan kerja yang selesa dalam hidupnya. Cerita daripada orang yang tidak melalui hidup yang aku lalui.. cerita orang yang tidak memahami..

kemungkinan jugak cerita mereka betul dan masalah itu adalah berpunca dari diri ku sendiri ini. Kemungkinan betullah cerita mereka yang aku ini tidak berguna....

sebab ini jugak aku mahu berhenti kerja. Aku mahu kepastian tentang ini. Adakah punca aku tidak dapat bergaul dan berkerja dengan baik adalah sebab aku ataupun kerana memang kerja dan orang-orang situ tidak sesuai dengan aku. Aku mahu cuba mencari pengalaman hidup lagi.

No comments:

Post a Comment