Friday, August 19, 2011

I am quitting work

Sebab aku berhenti kerja~ ... dalam surat letak jawatan aku letak aku semakin tidak puas hati dengan situasi kerja dan berasa tidak sesuai dalam bidang kerja dan rakan2 kerja. Cara2 menyelesaikan masalah dalam syarikat menjadi semakin susah untuk aku berasa yang aku menyumbang dengan baik kepada syarikat... Aku maw berpindah ke syarikat lain untuk merasa bidang kerja lain, situasi kerja lain, dan orang2 yang lain dan melihat jika aku bleh berkerja sama dengan durang supaya mendapat pengalaman hidup yang berharga..

itu lah serba sedikit sebab kenapa aku maw berhenti~ .. maybe masalah ni sebab aku sendiri. Aku sendiri yang terlampau ego. Ke-ego-an sendiri menyebabkan aku x dapat berkawan dengan orang-orang kerja.. Sendiri tidak dapat memanggil mereka rakan..

Aku berasa yang aku tidak dapat berkawan baik dengan mereka kerana minat yang berbeza. Aku x dapat mengikuti aliran perbincangan mereka... mereka jugak tidak dapat mengikuti perbincangan aku.. dan kemudian menjadi sepi yang janggal...

Perbincangan mereka selalunya merangkumi perbualan motosikal dan kereta, perempuan, merokok, minuman keras, dan makan tidak berbayar di kantin.. Aku berasa perkara-perkara ini tidak aku sukai dan aku tidak mahu berkomen buruk tentang berbualan yang diceritakan kerana aku tahu ia akan menimbulkan perasaan yang tidak baik..

aku cuba berbual tentang benda yang aku minat, seperti shopping, seni dan permainan komputer... tetapi perbualan ini tidak dapat mereka mengikuti.. kerana mereka tidak minat..

berbual tentang kerja.. aku tidak dapat berbual tentang kerja kerana aku berasa aku tidak pandai dalam bidang kerja ini... Aku mengambil diploma Lukisan dan rekabentuk mekanikal dengan hati yang tidak minat. Aku terpaksa melepasi cita-cita ku yang mendalam terhadap seni dan mengambil sesuatu kerana terpaksa. Kemudian aku mendapat kerja technician yang bukan dicari oleh aku tetapi didapatkan oleh ipar ku melalui kenalannya. Kerja yang lari dari bidang yang aku belajar sewaktu diploma...

Aku cuba menceritakan kepada bos ku di tempat kerja. Tetapi nampaknya dia lebih suka bercerita pendapat dan kesimpulan yang dia pikirkan sendiri tanpa mendengar cerita orang dahulu. Cerita yang dia ceritakan kepada diri sendiri tanpa mendengar apakah cerita ku. Cerita yang sudah berkali-kali aku dengar daripada orang yang sudah mendapat tempat dan kerja yang selesa dalam hidupnya. Cerita daripada orang yang tidak melalui hidup yang aku lalui.. cerita orang yang tidak memahami..

kemungkinan jugak cerita mereka betul dan masalah itu adalah berpunca dari diri ku sendiri ini. Kemungkinan betullah cerita mereka yang aku ini tidak berguna....

sebab ini jugak aku mahu berhenti kerja. Aku mahu kepastian tentang ini. Adakah punca aku tidak dapat bergaul dan berkerja dengan baik adalah sebab aku ataupun kerana memang kerja dan orang-orang situ tidak sesuai dengan aku. Aku mahu cuba mencari pengalaman hidup lagi.

Thursday, July 21, 2011

Sunrise on me

So the sun is rising... the sun is shining.. its shining towards me.. will it burn me? or will it keep me warm? will it keep the cold away? we'll see~ good morning sun :-)

Wednesday, June 29, 2011

Confront your problems atau menghadapi masalah anda

Confronting your problems... bagi aku.. masalah perlu dihadapi.. bukan di simpan di dalam lubuk hati dan memakan diri sendiri.. makan hati... berasa tidak puas hati tentang seseorang.. berdiam diri... makan hati... aku rasa kita perlu sedar apakah masalah kita, dan menghadapi.. mungkin dengan kekerasan.. tetapi lebih baik dengan bersuara.. kata-kata yang membawak banyak makna.....

Masalah yang disimpan di dalam lubuk hati.. ditanam tanam dengan menari... tidak diselesaikan dan dicadang bawak ke mati... dan datanglah sepupu masalah tadi.. memanggil kembali masalah terkubur.. timbul laa.. timbul semua.. menanam si penanam.... dan kemudian.. mati... tetapi tidak tenang... kerana menjadi hantu tidak puas hati............. kenapa dia tidak meminta tolong? adakah kerana ego atau kebodohan? ... itu.. aku tidak tahu...

Lies atau penipuan?

Semua orang menipu di dunia nie.. Lebih kurang semua laa.. Aku x taw klu ada orang yang langsung tidak menipu d dunia nie... Aku rasa tidak ada orang yang seratus peratus jujur di dunia ini... Tapi kenapa kita menipu?.. untuk melindungi? melindungi diri sendiri dan melindungi orang lain?....

Aku cuba bercakap jujur dan tidak menipu kerana menipu bermakna kita perlu bersembunyi. Tidak bersembunyi bermakna kita perlu menghadapi semua yang dihadapkan kepada kita. Kesakitan atau kelegaan jiwa dan raga...

Menipu untuk melindungi orang lain daripada kesulitan. Atau menipu supaya orang mendapat kesulitan kerana dengki yang timbul di hati. Menipu supaya tidak perlu menghadapi kesulitan... Tetapi diri tidak dapat maju kerana kerap bersembunyi.. tetapi menipu supaya jugak tidak memusnahkan diri....

Sebelum ini aku mahu semuanya jujur.. Tetapi kini aku tahu yang menipu jugak adalah sesuatu yang perlu... Tetapi perlu menipu di waktu yang tepat dan patut.. akan ku menipu untuk melindungi diri daripada musnah dan menyakiti orang lain..

Aku tidaklah seratus peratus jujur...

tipu? .. tipu tidak akan kekal lama.. rahsia akan terbongkar akhirnya jua.. Dan apabila terbongkar, ia akan memakan diri kita.. kemungkinan lebih dari sebelumnya.. tetapi mungkin juga kurang... tetapi siapakah yang akan tercedera? diri sendiri... atau orang lain? .. dan apabila terbongkar.. hilanglah sebahagian kepercayaan orang kepada kita.. sebahagian.. ataupun semua.. Kepercayaan.. lain topic..

Aku balik-balik ponteng kerja.. Cakap: di tempat kerja tapi di sana panggung wayang, ataw rumah makan-makan, last-last kedapatan oleh bos. Aku buat dono ja la.. Trust hilang, skang aku terpaksa ulang-alik ke office untuk sign setiap 1 jam.. anthen lepas 1 jam 1 jam sign skarang ni kena tambah pulak setiap 1 jam mesti thumbprint.. awgawd.. Panas telinga dan jiwa bagagar

Wednesday, April 13, 2011

Another part of my life!

Sooo starting bulan lepas, for some reason I start bitching around not caring bout anything for a while. Tapi lepas tu, aku start caring back bout what is happening. Masa tu la dia menggigit balik. Naa apa kaw rasa~~~? Oren? Ramai sakit hati pasal aku, aku pun x taw maw cakap ataw buat apa utk mengcorrectkan keadaan. The good thing is I don't feel quite alone anymore. .. another bad thing: I feel like real bad person. Im a byitch!!.. But I guess it's not as bad as feeling alone in the world.. I am sorry thoooo for the people that I hurt.. And I am really-really sorry for all the money that I wasted. Akakaka X-D just kidding.. But It has been fun. ^^
Discriminate because of hate. -genderism.. why blame it on gender? Begini la dunia.. We hate, we love,... but there is nothing we humans can do. We can't even walk, can't even breath, talk, see, hear, can't even live on our own. Everything is not ours. Its only borrowed. Everything is impossible for humans. Everything is possible only for god. Hating other because you hate yourself. You can't achieve or get something because you are just incapable. You don't want to blame yourself so you blame others? why do we do that? Seeing your friends happy and you get jelous. Then you spread bad rumours just so you would feel good... Why do you get jelous for the wrong things? I am not mad or angry.. I am just confused O_O ... I pity this world. I feel sorry for everything....
Love, cinta.. Friends... It's hard to tell people that you just want to be friends. It's hard to tell people that you don't feel the same way. It's hard to stay friends when you feel the pain of heartache.. Who is strong enough? It's hard to stay thin when you eat too much!! It's hard to get a great body when you are too fucking lazy to work out! Akakaka X-D